Dunia dan Umat Islam akhir2 ini tidak putus2 menerima penghinaan dari orang2 bukan Islam sebagai cth :sokongan Barat terhadap Novel yg menghina Isteri2 Nabi oleh Salman Rushdie , penyiaran Kartun Nabi Muhammad SAW, kenyataan Pope Benedict yg menghina Islam sebagai mengajar keganasan, AlQuran dibakar disana sini dan tatu2 Allah dibadan diantaranya yg terbaru di dada penyanyi EryKah Badu. Malangnya tiada Ulama dan pemimpin2 Islam yg bertindak tegas terhadap perkara in sebagai pengajaran terhadap mereka agar tidak berulang perkara biadab seumpama ini. Mereka yg menghina ini hanya memohon maaf atau merasa kesal dan kita pun merasa puas hati dengan permohonan maaf Dan kekesalan dibibir itu, maklum akan sifat lemah umat Islam, golongan yg jahat ini akan terus mengulangi perkara yg sama sebagai provokasi dan penghinaan terhadap agama Islam. Inilah sebabnya umat Islam mendapat bala di mana2.
Apa yg terjadi kita hanya bergaduh sesama sendiri. Kalaulah dalam kes ini Ulama dan Pemimpin Islam dimana pun mereka berada tidak mengambil tindakan yg tegas sebagai pengajaran kepada golongan yg menghina Islam, maka kita akan mendapat bala dan azab dari Allah SWT. Ironiknya ulama & pemimpin mengajar kita uttk menghormati agama yg lain sedangkan penganut bukan Islam tidak putus2 menghina dan mencemuh Islam.Malahan ada diantara kita yg menyertai upacara keagamaan mereka seolah2 kita meredhai agama mereka.Dengan ini akan menjadikan mereka yg terlibat kafir atau musyrik tanpa mereka sedari dan mati dalam keadaan demikian, kerana tiada Ulama atau Pemimpin Umat Islam yg menegur perbuatan mereka secara terang2an. Akibat perbuatan Ulama Dan Pemimpin Islam yg mendiamkan diri telah menyebabkan senang bagi agama lain untuk memurtadkan umat Islam walaupun didalam negara Islam sendiri.Ini terjadi dimana2 negara Islam. umat Islam telah menjadi DAYUS, maka tidak heranlah jika mereka ditindas, dihina dan dizalimi dimana pun mereka berada hatta dinegara sendiri.
Kenapa Ulama, Pemimpin dan Raja dinegara2 Islam mendiamkan perkara ini, sedangkan jika ada umat Islam yg memperkatakan KEBENARAN, mereka akan mendapat tentangan dari mereka sendiri? Mengapa jika ada orang yg mengatakan KEBENARAN, orang itu akan di cerca dan di ancam dengan tangkapan dan sebagainya? Tindakan seperti ini akan menyebabkan KEBENARAN itu tidak akan tertegak , maka tidak heranlah jika tiada satu golongan atau gerakan umat Islam yg berjaya menyedarkan umat manusia bahawa sesungguhnya :
1. Manusia berasal dari SATU keturunan (Nabi Adam dan Hawa).
2. Mempunyai SATU Tuhan iaitu Allah SWT dan.
3. Mempunyai SATU agama sahaja iaitu Agama Islam sedangkan agama yang selain dari agama Islam bukanlah agama Allah tetapi agama buatan mereka sendiri sebagaimana Allah SWT mengatakan sendiri dalam AlQuran.
Golongan atau gerakan seperti ini kadang2 dilabel sebagai TERRORIST dan bukan sahaja mendapat tentangan dari bukan Islam tetapi juga dari umat Islam sendiri , ini menjadikan kita bergaduh sesama sendiri. Natijahnya menjadikan penganut agama2 lain senang menyebarkan dakyah mereka untuk memurtadkan umat Islam sehingga mereka berjaya dalam misi mereka itu walau dinegara Islam sendiri. Untuk meneylamatkan Keadaan ini , maka tidak heranlah kalau Allah SWT akan membangkitkan satu golongan yg memperkatakan KEBENARAN, dan berjaya dalam Misi mereka dan tidak akan dapat dikalahkan oleh sesiapa pun seperti mana yang telah dijanjikan oleh Allah dan RasulNya.
Mudah2 an masa itu akan tiba tidak lama lagi......sedarlah wahai umat Islam , bangunlah untuk memperkatakan KEBENARAN tanpa takut dan harap pada sesiapa pun...